Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Maut Kemalangan Ngeri





17 april - 07.00 pm..berita yang baru terima .. achik spin meninggal dunia petang tadi, dengar kata dia tumpang kereta kawan dia (toyota estima) terbabas di perhentian nilai langgar signboard, arwah tersepit dalam kereta dan kereta terbakar.. kawan dia sempat keluar kereta..






Achik Spin maut kemalangan ngeri
17/04/2010 8:42pm


SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
SUMBER :Kosmo! Online - Terkini

Post a Comment

Untuk pertanyaan.. Sila tinggalkan comment anda..