Tuesday, July 6, 2010

Cara Elakkan Terkena Jangkitan Malware

Cara Elakkan Terkena Jangkitan Malware

Semasa kita melayari Internet kita sebenarnya mudah terdedah kepada jangkitan Malware ataupun nama panjangnya Malicious Software. Ini kerana banyak website yang memasang Malware di dalamnya tanpa kita sedari.

Cara yang paling selamat untuk elakkan dari terkena jangkitan Malware ialah dengan menggunakan software Sandboxie. Saya selalu gunakan Sandboxie kerana ia sejenis software percuma yang berfungsi untuk running website dalam “ruang” yang diasingkan dengan sistem sebenar komputer kita.

Bila kita running website melalui Sandboxie, kita akan lebih selamat untuk melayari Internet tanpa bimbang komputer dijangkiti Malware.

Selain itu Sandboxie juga boleh digunakan untuk running software yang “illegal” seperti Crack ataupun Keygen kerana kadangkala orang yang mencipta Crack dan Keygen akan gabungkan sekali Malware ke dalamnya bertujuan untuk memanipulasi sistem komputer tanpa pengetahuan kita.

Jadi saya sarankan setiap pengguna komputer mesti mempunyai software Sandboxie ini kerana ia amat penting untuk keselamatan komputer anda.

Sumber Asal; zuarxpdc



 
Cara menggunakan software Sandboxie:

1. Download  software Sandboxie.

2. Lepas download Install seperti biasa.


3. Restart komputer

4. Untuk running melalui Sandboxie anda cuma klik kanan pada browser ataupun software tersebut dan klik Run Sandboxed.

Contohnya pergi ke Mozilla Firefox > Klik kanan > Klik Run Sandboxed.

@

Pergi ke Keygen > Klik kanan > Klik Run Sandboxed.




Download Sandboxie 3.46

Post a Comment

Untuk pertanyaan.. Sila tinggalkan comment anda..