Wednesday, August 24, 2011

How To Setup Unifi For Backberry And Other Smartphone

Salam... kali nie ben nak buat tutorial kepada pengguna unifi sahaja. Mana la tau esok-esok anda apply unifi kat rumah anda. maklum la, unifi sekarang tengah hot dipasaran disebabkan speed internet connection unifi yang begitu laju dan cepat. mesti anda pelikkan tajuk yg ben nak buat tutorial nie? Masa pemasangan unifi kat rumah ben, ben boleh connect wifi unifi untuk blackberry, tapi masa nak surf internert guna blackberry tak boleh walhal blackberry dah connected dengan wifi, ben call la unifi helpline tapi hampe sebab pihak unifi pun xtau nak setup, lepastu macam-macam alasan operator unifi bagi. Sebenarnya setup nie bergantung pada router yang korang gunakan. Jom kita mulakan setup unifi router untuk wifi.

Buka window internet explorer dan taip http://192.168.0.1/  TM page akan terpapar separti gambar dibawah..



Taip "admin" pada username, password biarkan kosong kemudian klik Login untuk meneruskan. Pergi ke tap Wireless Basic seperti gambar dibawah.


Tukar
Mode: 802.11BGN
Band Width: 20
yang lain biarkan seperti biasa dan klik pada butang "Submit"

Seterusnya masuk ke Wireless Advanced seperti gambar dibawah


Tukar;
Fragment Length: 2346
DTIM: 1
yang lain biarkan seperti biasa dan klik pada butang "Submit"

Sekarang anda sudah boleh melayari internet seperti biasa menggunakan blackberry dan smartphone anda.

Selamat mencuba...





2 comments:

  1. Salam Bro,

    Aku dah try buat seperti yg diterangkan kat atas, but still my BB not work with wifi...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum tq krn bg tips ni.berjaya.thanks a lottt

    ReplyDelete

Untuk pertanyaan.. Sila tinggalkan comment anda..