Wednesday, January 12, 2011

Google Earth Berjaya Merakam Kalimah Allah Di Aceh



Kalimah Allah berjaya dirakamkan di pegunungan Burni Uning Tualang, Kabupaten Gayo Lues, Aceh.. Namun menurut berita, Kalimah itu hanya boleh dilihat dengan munggunakan perisian Google Earth yang dipancarkan terus melalui satelit..
 

Seorang pengakses Google Earth, Agung Dwinurcahya, mengaku terkejut apabila beliau menemui gambar yang menyerupai kalimah Allah di pegunungan Gayo Lues yang dirakam melalui Google Earth. “Subhanallah,” kata Agung dalam email yang dikirim ke admin acehkita.com.. Beliau juga turut mengirim gamabr di atas kepada admin acehkita.com

Kalimah Allah itu kelihatan berada di kedudukan koordinat 3°48′39.81″ Utara dan 97°46′17.01″ Timur."Lokasinya di sempadan Aceh dan Sumatera Utara. Nama daerah ini, Burni Uning Tualang”, kata Agung yang bekerja sebagai staf Geographic Information System di Badan Pengelola Kawasan Ekosistem Leuser Pemerintah Aceh..“Gambar itu terlihat di antara lembah-lembah yang dalam, gunung yang tinggi dan tertutup hutan tebal”, katanya lagi..

Post a Comment

Untuk pertanyaan.. Sila tinggalkan comment anda..