Monday, August 9, 2010

7 Secret Youtube

Kira-kira setahun yang lepas, YouTube telah mengumumkan sokongan terhadap video HD/HQ untuk diupload. Untuk menonton terus video tersebut didalam versi HD/HQ, masukkan code dibawah.

fmt=18 (stereo, 480 x270), atau &fmt=22 for stereo, 1280 x 720

Langkah dibawah untuk membantu korang menonton video dalam HD/HQ. Untuk memasukkannya kedalam Blog, masukkan code dibawah pada penghujung code.
& ap=%3D18%2526fmt (stereo, 480 x270 ), atau &ap=%3D22%2526fmt for stereo, 1280 x 720

Jika korang ingin berkongsi satu adengan yang berada pada pertengahan video dan video itu terlalu panjang dah agak berat untuk load, korang boleh tetapkan masa untuk memudahkan pada sesiapa yang mahu menontonnya. Tambah code dibawah pada akhir URL video.
#t=XXmYYs (XX=Minit, YY=Saat)

Jika korang berkongsi video, ia akan disertakan satu kotak carian. Untuk mengnyahaktifkan kotak carian tersebut, tambahkan code dibawah didalam embed code yang korang telah salin.
&showsearch=0

Untuk membuat video tersebut autoplay, seperti langkah-langkah sebelum ini, iaitu masukkan code dibawah pada embed code yang telah disalin.
&autoplay=1

Langkah ini akan membuat video tersebut akan dimainkan secara berulang-ulang tanpa berhenti.

Sesetengah negara tidak akan dapat menonton video yang diupload kerana ia telah dihadkan pada negara tersebut. Gunakan code dibawah bagi mereka yang berhajat untuk menonton Video yang telah diblock/restricted, gunakan cara dibawah.
URL Default Youtube = http://www.youtube.com/watch?v=video_ID
URL Youtube yang telah diunblock – http://www.youtube.com/watch/v/video_ID

Post a Comment

Untuk pertanyaan.. Sila tinggalkan comment anda..