Gizmodo.com, salah satu pesaing blog gajet di Amerika Syarikat telah mengeluarkan gambar prototype iPhone 4G yang dianggap ‘asli’ oleh mereka. Adakah benar kenyataan mereka ini? Mari tinjau.
Gizmodo.com sangat bertuah kerana dia cakap terjumpa prototype tersebut diatas lantai sebuah bar di San Jose. Sudah pasti ada orang Apple Inc. mabuk lalu tidak sedar dia menjatuhkan iPhone tersebut. Gizmodo mengambil prototype tersebut pulang kerumah dan terus membuat penelitian keatas iPhone 4G itu. Selepas mengesahkan bahawa benar itu adalah iPhone 4G, Gozmodo terus memgeluarkan kenyataan tersebut di laman webnya
It has been reported lost
Apple-connected John Gruber—from Daring Fireball—says that Apple has indeed lost a prototype iPhone and they want it back. So I called around, and I now believe this is an actual unit from Apple — a unit Apple is very interested in getting back.-Gizmodo.com
Terdapat beberapa pertukaran keatas iPhone 4G ini. Bahagian depan iPhone 4G tersebut masih sama, iaitu hitam dan ada satu butang. Cuma yang bezanya ialah iPhone 4G ini lebih slim dan lengkung ditepinya diubah dengan segi empat. Bahagian belakangnya pula tidak lagi melengkung, tetapi menjadi rata dan bukan lagi besi, tetapi plastik. Paparan visual lebih jelas. Komponen dalamannya lebih kecil untuk member ruang kepada saiz baterinya yang besar sedikit daripada iPhone 3G.
Antara pembaruaan kepada iPhone 4G ini ialah terdapat kamera di depannya. Selain itu, flash kamera juga dipasang. Mic juga ditambah satu, dibahagian atasnya. Tujuannya untuk noise-cancelation.Selain itu sudah ada butang untuk volume ada ditepi.
Kenyataan tentang iPhone 4G ini telah keluar pada hujung minggu yang lepas, tetapi pihak Apple Inc. masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan komen tentang kebenaran iPhone 4G yang dijumpai tersebut.
Lawati Gizmodo.com untuk lebih paparan lanjut tentang iPhone 4G ini.
Post a Comment
Untuk pertanyaan.. Sila tinggalkan comment anda..